Sunday, October 31, 2010

boring-boring

Tibe-tibe rasa lapa lah pulak
Nak makan berat2 nanti makin berat lah bdn aku
hihihi
so goreng keropok pastu makan
sedap dan senang
kenyang pon kenyang



Monday, October 25, 2010

Paintball pulak...

Diam x diam dah dekat 2 tahun dah aku xmain paintball. Takat main tembak2 pokok sawit tu biase r. Maksud aku main secara professional. Korang jangan x percaye plak. Aku pernah main secara profesional ok. Time sekolah dulu mase form3 aku dah stat main. First team yang aku anggotai ialah PTCI Paintball Team. Dalam tu ade 6 orang teammate aku. Sume baye2 aku je.

Paling muda time tu form2. Memandangkan time tu nak PMR so x banyak la tournament yang ktorang join. Bila ade tournament je ktorang just pergi tengok. Ramai gak paintballers yang tanya kenape x join. Alasan sama yang kitorang bagi."Nak periksa bang". Macam cilake je alasan kan. Kalu kat rumah tu bukan study pon. Hakhak.

..........

Nak jadikan cerita satu hari tu pengurus team aku bgtau dia nk hantar team ktorang main kat Kluang. Mase tu tournament untuk IOI Mall Paintball Challenge. So lepas traning sikit2 ktorang pon join tournament tu. X menang pon tapi bukan tu aku nak cerita. Lepas tournament tu ade sorang uncle nie decide nak buat satu team budak2.

Agaknya dia nampak bakat aku kot so dia terus jumpa En Ayah n mintak permission nak amek aku as part of the team. Ceh speking beb. Maka bermulah perjalanan aku dalam arena sukan permotoran paintball nie. Team baru aku dikenali sebagai Dmercy Kidz Paintball Team. Kalau nk tau lagi klik link nie. Banyak gak medal yang aku kumpul mase aku dalam team nie.

one of the best photo of me..:D
Medal paling berharga buat aku mase kitorang jadi CHAMPION  Labuan Open 2009. Nama pon Labuan kan so vanue tournament tu kat Labuan lah. Flight ticket, hotels and even makanan pon orang sponsor. Kitorang dilayan macam superstar lah kat sane. Nak makan atau minum pon just minta je. Mesti ade yang hantar. Memang macam Superstar lah. The best part is team aku di interbiu oleh rancangan REMAJA. Ala yang kat TV3 tu. Seminggu lepas tu I am accually on the TV!! *nada eksited gile*

..........


Thursday, October 21, 2010

Guinea Pigs

Genap seminggu aku ade 2 ekor guinea pig 'pemberian' hari jadi cik awek kepada aku. Aku tulis 'pemberian' tu bersebab tau. Bukan sebab typing error tapi sebab sebenarnya kitorang kongsi duit untuk beli menatang tu. Kira 50-50 lah. Kalu korang belum bace pasal Lola & Rocky nie korang klik sini. Tapi hari nie aku dapat tau umur Rocky x panjang. Aku bangun2 tido tngok dia dah keras terbaring kat dalam sangkar dia. Cik awek tengok pon mcm dah nak nangis tapi dengan kebijaksanaan aku mengayat beliau, maka tiada pertumpahan air mata berlaku. Perh ayat...gampak. Kepada Rocky....gud bye my friend...we will miss u buddy...tu pon kalu ko paham lah bahasa manusia.

rest in peace buddy
..........

Bagi mengubat hati Cik awek aku ajak gak lah beliau, kawan baik aku Umar serta cik awek kepada Umar untuk cari pengganti Rocky. Dekat seminggu jugak search kat internet pasal menatang nie, ktorang jumpa satu tempat kat Banting yang jual binatang nie dengan harga yang jauh lagi MURAH dari tempat aku beli kat apek tu.  Dekat pon dekat, choice pon belambak. Yang besar ade, yang bunting ade, yang hitam ade, yang xde pon ade kat situ. *wtf*  Lepas dekat sejam dia cari baru jumpa yang betul2 dia suka. Sebagai seorang boypren professional kenelah teman jugak kan. Lepas Cicie (nama guinea pig baru kitorang) masuk kereta baru lah cik awek yang sebelum nye muncung kalah muncung cencurut kembali tersenyum.


sila abaikan jari tu eh


Friday, October 8, 2010

Kurang ajaq r dia nie..name je roomate

Korang penah xrase macam nak maki roomate or housemate korang? Aku selalu gak rase macam tu. Nak tegur takut masam muka, tapi kalu x tegur lagi sakit hati. Kalau korang ade masalah mcm aku nie, aku ade beberapa cara yang MUNGKIN boleh tolong korang. Aku xgalakkan korang buat tapi kalu nak buat gak aku senyum je r. Macam ni care nyer....

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.


 ..........

Amacam? Boleh pakai x?  Hakhak. Dah2 jgn senyum sorang2. Jiran2 ko nampak tu. Ape pulak diorang cakap nnt. Tengok tu senyum lagi. Ish ikot korang la.
..........

p/s aku punye personal faveret no 20..mesti best kan..





Tuesday, October 5, 2010

Mushroom soup with croutons + nasik putih

Pernah korang makan mcm aku makan nie? Sedap tuu. Bukan ape, petang tadi tibe2 teringin nak makan mushroom soup nie. Pikir balik mcm x kenyang makan tu aje, so aku pon masak nasi. Sambil tunggu nasi masak aku pegi kedai beli sekotak mushroom soup nie. Balik + je air panas. Dah siap menu makan malam aku untuk hari nie. Mushroom soup with croutons + nasik putih. Hakhak. Sempoi kan. Korang cuba lah. Mane tau kot2 sedap. Boleh rekemen kan kat Chep Wan ke, Chep Ismail ke. X pon boleh aku tulis buku pasal resepi aku nie. 


..........

nak lagi resepi pelik2 tnggu post aku len kali eh..hehe

Monday, October 4, 2010

Lola & Rocky

Title post aku kali nie mcm best je kan. Nie lah antara hadiah birthday terbest yang pernah aku dapat. Sepasang Guinea Pigs. Name je pigs tapi aku xbele babi eh. Aku bele tikus belanda sekarang nie. Nama dia macam tu sebab cik awak yang pilih. Kalau nak ikot kan hati aku nie, aku panggil je A ngan B. Senang nak ingat. Nama yang jantan tu pon aku selalu tertukar. Kejap Rocky kejap Riko. Nak carik menatang nie bukan senang. Bukan nya ader jual kat kedai hardware depan kolej pon. 
..........

So nak x nak aku menjelajah sampai ke Selayang Mall. Niat sebenar bukan nak carik menatang nie pon tapi membe aku nie ade hal sikit kat sane. Pendekkan cerita ktorang terjumpa Pets Store kat sane. Memang dah lame pon nak bele binatang kat sini. Mule2 ingat nak bele je kuucing yang jumpe kat tepi2 jalan ke tapi malas sikit la. Kucing nie leceh sikit, so keputusan diambil untuk membela si Lola dan si Riko Rocky nie. Bukan aku je beli, Umar ngan cik awek beliau pon beli sepasang. So total Guinea Pig yang kitorang beli ialah 4 ekor.



*gambar nie rocky dan lola je..yang lagi 2 ekor xsempat nak snap lah*
..........

Nak beli dyorang nie pon dekat nak kene tipu ngan apek kedai tu. Macam2 dia belit cerita. Tetapi dengan kewarasan akal aku dan juga Umar kami dapat menolak penipuan apek tu. Hakhak. "apek lu kalau berniaga jangan tipu olang boleh ka apek.?" adoiyai...

p/s 2nd entry aku malam nie. xboleh tido so aku post kan entry nie untuk korang..:D


01/10/2010

Tarikh yang sangat bermakna dalam hidup beliau. 19 tahun yang lalu beliau selamat dilahirkan oleh ibu beliau, Pn Faridah Hasan. Beliau dilahirkan di sebuah hospital di Pulau Pinang. Kini setelah 19 tahun berlalu, beliau sudah pun pandai mencari identiti sendiri. Tu dia. Intro. Dah macam bibliografi pasal Perdana Menteri dah.
..........

Sedar x sedar aku dah pun 19 tahun. Malam nyer hari jadi aku tahun nie, kawan-kawan kolej aku ade lah buat sikit makan2 bagi meraikan kawan diorang yang baru je melangkah ke alam 19 tahun. Kawan-kawan aku nie sediakn byk gak makanan untuk aku. Mee hoon Singapore makan dengan french fries ngan nugget ayamas *yang aku beli sendiri*. :D



Kat sini aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kat kawan-kawan aku yang susah payah nak celebrate aku terutama kepada cik awek iaitu Syazila Mohd Shah, kawan baik aku Umar, Bella, Amar, Pika juga Pika Noh, Bie serta semua kawan-kawan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Juga tiada kene mengena dengan yang hidup, mati, mahupun yang nyawa-nyawa ikan.



Friday, October 1, 2010

Bronkitis punyer hal

Cerita nie terjadi dalam Bulan Ramadan 2010 yang lalu. Lebih kurang seminggu lepas stat puase, aku mula demam panas. Aku pegi tngok wayang kat Mid Valley. Mase tu tengah hot cerita The Expandable. Mase tngak syok2 layan action dia aku dah stat rase lain macam. Rase mcm nak demam dah. Nak telan panadol xboleh, puasa beb. Aku gagahkan jugak badan aku untuk tahan. Lepas berbuka kat food court, aku telan panadol 2 bijik. Half an hour lps tu ok lah sekejap. Lepas tu otw balik dalm KTM demam tu datang balik. Aku tawakal je sampai rumah. Kat dalam KTM tu aku tengok seat2 keretapi tu sume dah macam katil. Beg-beg passenger pulak sume aku dah nampak mcm bantal. Pendek cerita sampai rumah terus aku buat gaya terjunan ke atas katil ala-ala Deniel Bego gitu. 



..........

4 hari jugak aku menggigil dalam selimut. Bukan x nak pergi sepital tapi hari sabtu sepital tu bukak 1/2 hari je. Ahad plak tutup. Dijadikan cerita aku balik JB sebab nk mintak Encik ayah yang check. Niat lain sebenarnya nak ngade2 ngan Puan ibu. Hakhak. Pastu encik ayah bawak aq pegi sepital n check. Rupa-rupanya aku ade bronkitis. Tah la. Ade jangkitan dalam rongga paru2 kot. Tah la. Aku x paham sangat. Nak kate aku smokers x jugak. Pasif smokers kot. 

ni lah aku kene rasenye..

..........

Atas nasihat Encik ayah lagi aku ditahan di wad. Aku bajet2 dalam 2 ke 3 hari je sekali kene sampai seminggu. Bosan aku melanguk sorang2 dalam bilik tu. Mane tak nya adik2 aku sekolah xboleh lah nk teman aku. Puan emak pulak sibok uruskan diorang yang xreti nak uruskan diri sendiri. Haha. Boring2 aku snap gak beberapa keping gambar jadi tontonon umum. 

seram kan..? :D 



Kata-kata pendahuluan

Assalamualaikum...

First sekali aku nak ucapkan selamat datang ke blog aku yang tak berapa best nie. Sebelum apa2 aku just nak bagitau segala post aku adalah untuk suka-suka. Harap jangan ada yg kecil hati atau terasa dengan tulisan aku. -Kalau korang ada idea pasal apa-apa yang aku patut post korang bgtau lah eh. Apa-apa pon selamat membaca n ENJOY!!
..........

Mula-mula mestilah aku carita tentang diri aku sendiri dulu kan. Ok secara ringkasnya aq adalh anak sulung daripada 5 orang adik beradik. 2 perampuan 3 lelaki. Aku daripada keluarga yang sederhana tapi sangat happening. Encik ayah bekerja sebagai doktor dan memandangkan encik ayah mampu untuk menampung makan, pakai, tempat tinggal, tempat parking basikal dan lain-lain, beliau melantik esisten nye iaitu Puan ibu sebagai suri rumah sepenuh masa. Kalau korg nak tau profession nie bukan semua orang boleh buat. Hanya mereka yang betul-betul layak sahaja yang mampu untuk memikul tanggungjawab ini. Ceyh ayat. Tak ingat. Kalau korang x percaya cube korang masak, basuh baju, sapu sampah serta tido dalam 1 masa. Mesti x boleh kan. Tak yah kenceng r. Aku tau sbb aku dah try dah tapi x boleh beb. Hanya suri rumah je yang boleh. Sebab tu lah x semua orang sanggup terima bebanan tu. :D

Nie lah aku..:D

Nie pun aku

Nie pulak family aku

*setakat post ini ditulis* Aku skrang study kat salah sebuah kolej di Mantin, Nogori Sombilan dalam bidang penipuan IT atau orang jawa sebut Information Technology. Life kat kolej nie best gak. Banyak suka duka kat sini. Kawan2 aku kat sini semua best2. Dalam post aku nanti aku cerita plak pasal kawan2 aku nie eh.
.........
p/s hari nie hari jadi aku yang ke-19..
happy bufday to me!!

Cerita seorang sahabat

Kali nie aku nak cerita kat korang pasal sorang kawan baik aku dekat kolej nie. Dia housemate merangkap roomate aku. Name dia Umar Siddiq tapi harap maklum semua dia bukan berketurunan arap tetapi Melayu pure pnye. Berasal dari Pulau Pinang tetapi menetap di salah sebuah hutan negeri di pantai timur Malaysia. Ape best sangat pasal mamat nie pon aku x tau lah. Nak kate hensem jauh lagi hensem aku. Tapi apa2 pun aku still nak tulis gak pasal best friend aku sorg nie.
..........

Yang gelap tu Umar tau..:D

Aku kutip jumpa mamat nie mase time orentasi kat kolej sekitar April 2009. Dengan berbaju kemeja siap tuck in dipadankan dengan seluar slack blue black milik beliau, first impression aq: "budak nie mesti nerd nie". Mane x nya aku ngan budak2 lain sume t-shirt ngan seluar jeans je. Bukan tu je siap pakai kasut kulit lagi beb. Masuk-masuk je dewan orentasi tu aku terus salam dia dan memperkenalkan diri ala-ala orang koperat gitu. Disitu lah bermulanya perkenalan aku dengan mamat ni. Borak pnyer borak baru aku tau budak nie duduk sebelah je blok aku. Dia duduk sorang2 bukan sebab dia nak layan perasaan tapi sebab dia belum ada roomate. So atas sifat kesianan aku kat dia, aku jemput dia datang umah aku. Bukan takat makan je kat umah aku tau tapi siap tido, mandi serta berak lagi kat rumah aku nie. Bila malam je aku ngan dia mula memenuhi ruang tido atau erti kata lain bilik tido. Masuk tido dalam pukul 10 tapi sampai pukul 2 pagi belum tentu kitorang tido. Nie la best nya kawan ngan Umar nie. Bila dia borak, ape topik pon dia boleh tapau. Lagi-lagi kalau korang bukak topik pasal kereta ke, Dukati ke mesti sampai berbuih telinga ko dengar. Tapi kalau bukak cerita pasal bola ke, badminton ke, basketball ke mampus dia nak layan. Ade ke dia kate kat aku main badminton pakai bola tenis. Aduh......

Tu dia..

Sekarang dah lebih setahun aku kenal dia. Aku beruntung sebab ade kawan macam Umar nie. Korang bahan la dia mcm mana pon, dia tetap cool je. Bila aku ade problem je mesti aku luahkan isi hati juga isi perut aku kat dia. Bak kate Lionel Messi he is a good adviser. Problem apa pon dia akan cube cari jalan penyelesaian untuk korang. Tak ke bagus kawan aku sorang nie. Mesti ramai kawan-kawan dia akan setuju dengan statement aku nie.

.........

p/s aku lagi hensem kan..kan3..??:D