Sunday, December 5, 2010

Kemalasan seekor Sid

Kadang-kadang geram gak tngok si Sid nie..
mentang2 seko je rabbit ngade2 x hingat plak kan..
sampai makan pon sambil baring..
bagus x nate seko nie..??



Thursday, December 2, 2010

Aku ketandusan idea lah

Aku sekarang dah kekeringan idea lah nk buat entry pasal ape..
kalu korang ade idea tolong lah bgtau eh..
terimas...

Friday, November 26, 2010

eksiden

adoi..
mcm ne bleh eksiden aku pon xtau.??
 pape pon pengalaman beb...
nnt2 aku cite lagi...
adoi....

Sunday, October 31, 2010

boring-boring

Tibe-tibe rasa lapa lah pulak
Nak makan berat2 nanti makin berat lah bdn aku
hihihi
so goreng keropok pastu makan
sedap dan senang
kenyang pon kenyang



Monday, October 25, 2010

Paintball pulak...

Diam x diam dah dekat 2 tahun dah aku xmain paintball. Takat main tembak2 pokok sawit tu biase r. Maksud aku main secara professional. Korang jangan x percaye plak. Aku pernah main secara profesional ok. Time sekolah dulu mase form3 aku dah stat main. First team yang aku anggotai ialah PTCI Paintball Team. Dalam tu ade 6 orang teammate aku. Sume baye2 aku je.

Paling muda time tu form2. Memandangkan time tu nak PMR so x banyak la tournament yang ktorang join. Bila ade tournament je ktorang just pergi tengok. Ramai gak paintballers yang tanya kenape x join. Alasan sama yang kitorang bagi."Nak periksa bang". Macam cilake je alasan kan. Kalu kat rumah tu bukan study pon. Hakhak.

..........

Nak jadikan cerita satu hari tu pengurus team aku bgtau dia nk hantar team ktorang main kat Kluang. Mase tu tournament untuk IOI Mall Paintball Challenge. So lepas traning sikit2 ktorang pon join tournament tu. X menang pon tapi bukan tu aku nak cerita. Lepas tournament tu ade sorang uncle nie decide nak buat satu team budak2.

Agaknya dia nampak bakat aku kot so dia terus jumpa En Ayah n mintak permission nak amek aku as part of the team. Ceh speking beb. Maka bermulah perjalanan aku dalam arena sukan permotoran paintball nie. Team baru aku dikenali sebagai Dmercy Kidz Paintball Team. Kalau nk tau lagi klik link nie. Banyak gak medal yang aku kumpul mase aku dalam team nie.

one of the best photo of me..:D
Medal paling berharga buat aku mase kitorang jadi CHAMPION  Labuan Open 2009. Nama pon Labuan kan so vanue tournament tu kat Labuan lah. Flight ticket, hotels and even makanan pon orang sponsor. Kitorang dilayan macam superstar lah kat sane. Nak makan atau minum pon just minta je. Mesti ade yang hantar. Memang macam Superstar lah. The best part is team aku di interbiu oleh rancangan REMAJA. Ala yang kat TV3 tu. Seminggu lepas tu I am accually on the TV!! *nada eksited gile*

..........


Thursday, October 21, 2010

Guinea Pigs

Genap seminggu aku ade 2 ekor guinea pig 'pemberian' hari jadi cik awek kepada aku. Aku tulis 'pemberian' tu bersebab tau. Bukan sebab typing error tapi sebab sebenarnya kitorang kongsi duit untuk beli menatang tu. Kira 50-50 lah. Kalu korang belum bace pasal Lola & Rocky nie korang klik sini. Tapi hari nie aku dapat tau umur Rocky x panjang. Aku bangun2 tido tngok dia dah keras terbaring kat dalam sangkar dia. Cik awek tengok pon mcm dah nak nangis tapi dengan kebijaksanaan aku mengayat beliau, maka tiada pertumpahan air mata berlaku. Perh ayat...gampak. Kepada Rocky....gud bye my friend...we will miss u buddy...tu pon kalu ko paham lah bahasa manusia.

rest in peace buddy
..........

Bagi mengubat hati Cik awek aku ajak gak lah beliau, kawan baik aku Umar serta cik awek kepada Umar untuk cari pengganti Rocky. Dekat seminggu jugak search kat internet pasal menatang nie, ktorang jumpa satu tempat kat Banting yang jual binatang nie dengan harga yang jauh lagi MURAH dari tempat aku beli kat apek tu.  Dekat pon dekat, choice pon belambak. Yang besar ade, yang bunting ade, yang hitam ade, yang xde pon ade kat situ. *wtf*  Lepas dekat sejam dia cari baru jumpa yang betul2 dia suka. Sebagai seorang boypren professional kenelah teman jugak kan. Lepas Cicie (nama guinea pig baru kitorang) masuk kereta baru lah cik awek yang sebelum nye muncung kalah muncung cencurut kembali tersenyum.


sila abaikan jari tu eh


Friday, October 8, 2010

Kurang ajaq r dia nie..name je roomate

Korang penah xrase macam nak maki roomate or housemate korang? Aku selalu gak rase macam tu. Nak tegur takut masam muka, tapi kalu x tegur lagi sakit hati. Kalau korang ade masalah mcm aku nie, aku ade beberapa cara yang MUNGKIN boleh tolong korang. Aku xgalakkan korang buat tapi kalu nak buat gak aku senyum je r. Macam ni care nyer....

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.


 ..........

Amacam? Boleh pakai x?  Hakhak. Dah2 jgn senyum sorang2. Jiran2 ko nampak tu. Ape pulak diorang cakap nnt. Tengok tu senyum lagi. Ish ikot korang la.
..........

p/s aku punye personal faveret no 20..mesti best kan..